MASJID AL-RAUDHAH U10, SHAH ALAM. - PENGUMUMAN BAYARAN ZAKAT FITRAH 1441H / 2020M
BUKA : SETIAP HARI
BERMULA : 28.04.20 (SELASA)
WAKTU OPERASI :
09.00 PAGI - 11.00 PAGI
02.00 PTG - 04.00 PTG
TEMPAT : MASJID AL RAUDHAH U10 ( Ruang Limpah Bahagian Sebelah Pantri )
Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 1441H : RM7.00 seorang
Tuan/Puan juga digalakkan membayar zakat fitrah berdasarkan jenis beras yg tuan/puan makan Boleh dptkan maklumat kadar zakat dr amil bertugas.
Langkah dan Tindakan Pembayar Zakat Fitrah
- Pembayar Zakat yang bergejala seperti demam, selesama dan batuk TIDAK DIBENARKAN untuk berurusan sehingga sembuh.
- Menjaga jarak dengan amil zakat fitrah sekurang-kurangnya 1 METER.
- Pembayar zakat hendaklah memakai penutup hidung dan mulut (Mask) serta hand-sanitizer yang telah disediakan.
- Pembayar zakat fitrah perlu disaring suhu badan sblum membuat bayaran zakat fitrah.
- Tidak bersalaman atau bersentuhan semasa membuat bayaran zakat.
- Pembayar zakat perlulah menyediakan wang secukupnya. (Sangat penting)
- Pembayar zakat hendaklah mengisi maklumat peribadi di borang yang telah disediakan sebelum membuat pembayaran zakat fitrah.
PEMATUHAN
SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM URUSAN BAYARAN ZAKAT FITRAH YANG DILAKUKAN DI MASJID NEGERI SELANGOR ADALAH DIKEHENDAKI UNTUK MEMATUHI PANDUAN INI ATAU ARAHAN LAIN YANG DIKELUARKAN DARI MASA KE SEMASA OLEH LEMBAGA ZAKAT SELANGOR ATAU OLEH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR.
SEMOGA KEPATUHAN TERHADAP PANDUAN INI SECARA TIDAK LANGSUNG MENJADIKAN LZS DAN JAIS TURUT KONSISTEN DAN TERLIBAT DALAM MEMBENTERAS DAN MENGEKANG PENYEBARAN WABAK COVID-19.
Disediakan :
Lembaga Zakat Selangor..